Monday, June 15, 2009

Poligami

MUQADDIMAH

Pada 31jun 2009 kami (sahabat-sahabat PKPIM) telah ke walimah putri nurul hidayah di Chini. Dalam perjalanan banyak yang kami bincangkan. Moga-moga ada faedah buat kami dan yang lain jika disampaikan. Salah satu topik yang menarik minatku adalah ‘poligami’.

Bila hal poligami dibangkitkan, aku terus katakan yang aku tak kesah. Tapi kita seolah-olah telah meletakkan satu tembok besar pada hal ini. Seolah-olah ianya sudah ada kata putus yang tak perlu diubah. Mari kita lihat.

REALITI DUNIA

1. Bagi pihak lelaki, mereka katakan mana mungkin wanita mampu untuk merelakan diri dimadukan. Mind setting seperti sudah termaktub ayat itu. Sampaikan ada ku lihat buku yang ditulis oleh penggerak jemaah juga(lelaki), bertajuk “cukupkan dirimu dengan satu”. Mungkinkah buku ini ditulis kerana hampir kesemua wanita kini tidak rela dimadukan?? Lalu mereka rasakan bahawa mereka yang perlu mencukupkan diri mereka dengan satu isteri sahaja. Sedangkan, adakah fitrah mereka sebegitu??

2. Bagi wanita pula, ianya seperti mengiyakan bahawa diri mereka tidak rela dimadukan. Bukan sahaja mengiyakan bahkan emosi yang dianugerahkan ALLAH itu digunakan untuk menolak hukum ALLAH yang satu itu.


Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. (an-nisa:3)


HAKIKAT


Acapkali kita dengar ayat ini dari mereka yang ingin berpoligami, namun kita mengambil tidak endah. Kononnya, nak kahwin lagi baru tahu guna ayat quran. Tahukah kita bahawa situasi dan ayat itu sendiri satu benda yang berbeza. Situasi itu milik manusia sedang ayat itu milik ALLAH. Mengapa ingin mencari yang salah bagi menutup yang betul??


Benar, perempuan ini mampu mencipta pelbagai alasan. Jadi, jangan minta alasan dari perempuan jika tidak perlu kerana seribu pun mampu diberinya. Alasan kemudian ialah, suami saya tak mampu berlaku adil. Takkan nak bagi dia kahwin lagi. Tahukah apa itu adil yang digariskan oleh Islam dalam poligami?? Adil di sini, adalah dari segi lahiriah yakni pakaian, tempat tinggal, giliran dan lain-lain yang tidak ada kena mengena dengan sesuatu yang milik ALLAH. Bukankah hati itu milik ALLAH?? Jadi, masakan mungkin si suami dapat menggerakkan hati dengan berkata

“hati, aku ni kahwin 2. Jadi kau sayang isteri no 1 tu sama dengan isteri no 2 ye”.


Tidak, ianya diluar kawalan manusia. Sekali lagi kita cuba untuk melampaui kuasa tuhan. Nauzubillah. Inikah dia para ibu yang bakal melahirkan generasi salahuddin?? Yang menyangka diri melebihi tuhan?? Tanpa kita sedari, ianya kerap kali berlaku dalam diri. Jadi sama-sama kita muhasabah diri kita. Adakah kita ini hamba atau tuhan. Buktinya??


Ya teman, bila soal poligami, kita pasti akan merasa cemburu. Bukankah cemburu itu tanda sayang. Tapi sejauh mana kita menggunakan anugerah ALLAH itu ditempat yang sepatutnya??

Kita seringkali mencari yang salah, tanpa memikirkan yang betul.

Kita seringkali menyesali takdir, dari mencari hikmah kejadian.

Kita seringkali memikirkan hak, tanpa memikirkan tanggungjawab.


Mengapa perlu menyesali takdir andai bermadu itu milik kita?? Carilah hikmah darinya.

Sedarkah kita bahawa ALLAH memberi kita lebih masa untuk bersamaNYA. Cinta sejati kita.

ALLAH memberi masa yang lebih untuk kita menjadi pendidik pada ummat dan anak-anak.

ALLAH memberi masa kita yang lebih untuk mempersiapkan diri menjadi isteri solehah menunggu kepulangan suami dengan kemasnya diri dan keadaan rumah.


Mengapa seringkali memikirkan hak, tanpa memikirkan tanggungjawab. Bila si suami buat salah sikit, kita seringkali mengungkit salahnya itu dengan menegakkan hak kita. Tapi, sudahkah kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri di tahap 100%??


Benar, aku masih lagi belum bergelar isteri, tapi naluri ini sudah berada dalam diri sejak aku bersekolah arqam lagi. Masa tu umur aku 5tahun. Aku cuba untuk rasakan apa yang kalian rasa(rasa sangat tidak mahu dimadukan), tapi semakin aku cuba, semakin banyak kebenaran tentang poligami yang ku temui. Jadi, haruskah aku mendustainya??


Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH, kita ditemukan dalam cahaya Islam itu sendiri. Berkahwin bererti melengkapkan sebahagian daripada agama. Kita seringkali mementingkan diri sendiri. Bayangkan jika nabi Muhammad S.A.W mementingkan diri sendiri. Pasti Islam itu tidak akan sampai pada kita. Kerana sudah pasti baginda ingin memasuki syurga seorang diri. Baginda tahu akan nikmatnya syurga. Nauzubillah, baginda bukan begitu. Baginda adalah contoh akhlak terbaik.


Hadis juga menyebut, dari riwayat Aisyah r.a:

Sesungguhnya akhlaknya(nabi Muhammad S.A.W) quran.


Jadi, mengapa kita ingin mementingkan diri dengan melengkapkan sebahagian dari agama kita sahaja. Bukankah menolong untuk melengkapkan agama saudara kita juga satu amalan yang mulia. Pasti ada ganjaran di sisiNYA.


Pasti kalian semua mempunyai sahabat baik bukan?? Berkongsi apa sahaja, bantal, katil, makan,duit dan segalanya. Tapi tiba satu ketika kalian sudahpun melengkapkan sebahagian dari agama kalian itu, namun sahabat kalian masih belum mempunyai calon lagi pun. Dan nisbah lelaki dan perempuan sekarang adalah 1:2. Tiba saat ini, sekali lagi kita mementingkan diri sendiri dan menjadi sahabat yang kejam.


Mari kembali pada sirah, dimana saidatina aisyah r.a juga merasa cemburu pada saidatina khadijah r.a walaupun khadijah sudah lama wafat. Tapi cemburu itu tidak digunakan untuk melarang nabi berkahwin lebih dari satu. Malahan saidatina hafsa yang ketika itu menjanda juga dibenarkan berkahwin dengan nabi. Mulia sungguh hati si cemburu saidatina aisyah r.a. Cemburu itu anugerah ALLAH yang tidak disalahgunakan oleh beliau dalam menilai hukum ALLAH.


“kalau abg nak kahwin lagi ceraikan saya”. Nauzubillah, bergegar tiang arasy.

“abg kahwin dgn saya ni bersyarat tak boleh nikah lagi”. Macam dalam cerita ayat-ayat cinta tu.

Para bakal bidadari syurga sekalian, sudahkah anda benar-benar bersedia untuk berkahwin tika saat ijab kabul itu dilaksanakan?? Apakah tujuan utama yang digariskan Islam untuk berumahtangga?? Bukan untuk bercerai dan bukan untuk menghalalkan sayang itu semata-mata. Tapi kita punyia misi yang lebih besar yang perlu dilaksanakan.


KESIMPULAN


Bagi sesiapa yang tidak berpuas hati, kita punyai pendapat sendiri. Mari kita sama-sama mengkaji apa yang telah Islam gariskan sebagai panduan hidup kita.

Apakah kita memilih kesesatan setelah kita temui kebenaran??


Sebab-sebab poligami wajar dipraktikkan:

1. Hukum ALLAH membenarkan.

2. Naluri lelaki itu sendiri.

3. Sunnah nabi.

4. Nisbah lelaki dan perempuan di akhir zaman ini.

5. Bayangkan sahabat baik kita.

6. Membantu melahirkan lebih ramai ummat Muhammad.

7. Memberi ruang masa pada diri sendiri.

8. Kearah menjadi hamba yang mensyukuri nikmat.

9. Ganjaran ALLAH.


Carilah hikmah dalam setiap kejadian


Ke arah memartabatkan poligami di tempat yang sepatutnya..

walimah putri nurul hidayah

Sebenarnya di dalam perjalanan pulang dari walimah putri, mu’iz suruh buat laporan untuk dimasukkan ke grup PKPIM. Tapi bila nak masukkan, tengok dia dah pun buat. Oklah tu. Masa tu pun busy exam. Tapi sebab dah buat, rasa nak letak juga.

SEBELUM PROGRAM
Balik usrah jumaat tu (290509) terserempak dengan zhafika. Dia ajak pergi putri kahwin. Jemputan kahwin orang kena pergi kan. Walaupun plan last minutes, kami usaha juga nak pergi. Mak zhafika tak bagi drive kat highway. Jadinya kami pun mesej sapa-sapa yang boleh drive.

Dah dapat mu’iz dan ali, baru cari kereta nak sewa. No telefon yang diberi oleh zhafika memang banyak tapi semua kereta kancil. Dema tak nak kereta kancil. Akhirnya atas izin ALLAH, kami pun dapat la MYVI.

DIHARI KEJADIAN
8.15a.m : kereta diambil oleh mu’iz dan ali. Kami(asila n pika) tunggu di stesen bas no 5. Lepas tu kami ke mahallah cik ali. Nak tukar persalinan katanya. Nasib baik pagi-pagi, kalau tak malu juga kami ke sana. Syira kami jemput di rumah beliau. Sesampainya di rumah beliau, puas kami mengintai ke dalam rumahnya. Tiba-tiba ada sorang ni terus pergi ke belakang kereta kitorang. Uish, jangoknya syira. Macam mak datin. Katanya dah tak da tudung nak di pakai. Ye lah, kami bagi tahu dia pun dalam pukul 6 petang semalam.

9.00a.m : kami tiba di stesen minyak untuk isi minyak, isi angin tayar dan apa-apa lagi la yang patut. Perut pun kena isi juga. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Chini melalui seremban. Katanya lebih dekat. Tapi jalan kampung la. Ikut bukit putus. Sepanjang perjalanan tu ada la beberapa kali kami berhenti. Cik driver pun ada la juga tukar-tukar.

12.30p.m : lebih kurang masa ni kami tiba di chini. Cari punya cari, akhirnya kami tiba juga di walimah putri. Proses pencarian tidak la terlalu susah. Walaupun ada 3 walimah di felda chini tu.

1.00p.m : kami sampai di walimah beliau. Ali selaku bapa(mak siapa???) mewakili kami dalam rombongan itu. Sempat bagi duit je. Hadiah tak sempat beli kan. Putri pakai jubah warna turquoise. Sangat lawa. Sebab putri memang lawa kan. Lagipun kami suka warna tu. Ramai juga sahabat-sahabat beliau dari kuantan yang datang.




1.50p.m : kami beransur dari majlis. Bukan tak nak duduk lama-lama tapi kami perlu pulang ke UIA pula. Tiba-tiba pika nak tengok naga di tasik chini. Memandangkan perjalanan ke sana lebih kurang 10 minit, kami pun singgah sebentar di chini. Tiba di tasik chini kami tak tengok jam la pula. Tapi keadaan di situ sedang dibaiki. Jadi kami tak dapat menikmati keindahan itu sepenuhnya.



7.15p.m : kami tiba di IIC untuk menghantar syira. Kemudian kami terus pulang ke UIA. Kira kami sewa kereta ½ hari la. Keseluruhan perjalanan lebih kurang 600km. Dengan kos lebih kurang +/- RM200.

PERBINCANGAN
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, banyak yang kami kongsikan di sepanjang perjalanan. Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah bertanya pada sesiapa yang terlibat atau terus bertanya di sini. Antara topik-topiknya ialah:
1. Penyusunan semula jemaah mengikut marhalah tabiyyah
2. Poligami
3. Cinta 3 segi (yg ketiga ialah….)
4. Hipokrit..perlukah??
…..dan banyak lagi…

KESIMPULAN
Kepada sahabat-sahabat yang lain, maaf sangat-sangat sebab tak dapat membawa kalian bersama. Ni pun kami plan last minutes. InsyaALLAH lain kali kita cuba rancang betul-betul ke arah memperkukuh ukhuwwah antara kita.

Yang setia berusaha selagi ini masanya,
Siti nur asila bux @ kami dlm cerita di atas.
Setiausaha generasi ke-4 (masih lagi kah??)

P/S- Sebenarnya kami tak tau nape kena wat report ni. Tapi cam best gak. Sebagai kenang-kenangan kita bersama. Nak tau cerita perjalanan kami dengan lebih lanjut boleh lah tanya sesapa yang pergi tu. Lepas ni sapa-sapa nak kahwin, jangan lupa jemput kami sebab kami mesti pergi kecuali atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Letihnya..

Sangat letih bila mendapat 3 assignment dalam satu masa. Masa diberi hanya 2 minggu. Sebab lepas tu ustazah nak balik kampung dia dah. Jadi nak ke tak nak benda ni semua kena siap sebelum 6hb jun. Dah la semua dalam bahasa arab..waaaa... Nak kena siapkan pastu nak kena bagi orang chek plak. Yelah, bila tak pandai kena la usaha lebih sikit kan.
Busyra tak da nak tolong chekkan. Ika pun tak da nak tolong buat. Tak pe, ALLAH ada.

presentation b.melayu - siap
senarai nama kuliah tauhid - siap
edit borang islah nafsi - esok bos nak (27 mei)
tasmi' juzu' amma - khamis murabbi nak dgr(28 mei)
midterm maqasid - 4 jun
talhis hifz nasl wa hifz ird - ??
talhis anil maudu' ijtihad -??
hal qiyas min adillah au la? bahas - ??
kertas kerja ilmiah b.melayu - ??(group)

ada lagi tak?? tak pe asila.. ALLAH tolong. penat sikit je tu. (nak pujuk diri sendiri ni)

"Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan" (ali-imran:186)

"sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (al-insyirah:5-6)
dua kali ALLAH ulang ayat ni..


Berilah masamu untuk Al-quran..



Unsur-unsur insan itu ada 3 : jasad,ruh dan akal. Jasad perlukan makanan iaitu makanan seharian yang seringkali mengisi ruangan perut kita. Akal juga perlukan makanan dengan bertambahnya ilmu sehari demi sehari. Dan ruh yang membuat kita bernafas juga perlukan makanan.

“Di suatu tempat terdapat seorang ayah yang menyuruh anaknya mengaji al-quran setiap hari. Anak itu dengan tekunnya tidak pernah meninggalkan mengaji walau sehari. Namun suatu hari, hati si anak berdetik

’ayah, kenapa saya perlu mengaji sedang saya tidak tahu akan maknanya??’

‘anakku, pergilah engkau mengambil air di sungai menggunakan timba di belakang rumah itu’

Si anak menurut tanpa bantah. Setelah beberapa kali dia berulang-alik membawa timba itu ke sungai dan kembali ke rumah, tiada apa yang dia dapat kerana timba itu bocor. Lalu si anak berjumpa kembali pada ayahnya

‘ayah, kenapa ayah suruh saya ambil air menggunakan timba yang bocor??’

‘Anakku, yang kau lihat hanya usahamu yang sia-sia mengambil air menggunakan timba yang bocor. Lihatlah kembali pada timba itu, sudah bersih bukan?? Dan kau juga sudah dapat lihat kebocorannya yang selama ini dilitupi habuk. Tidak mahukah engkau membaiki timba yang bocor itu??’

Tahulah si anak bahawa ayahnya menyuruh dia mengaji agar hatinya itu sentiasa basah dengan zikrullah seperti basahnya timba itu dengan air. Dan dia sendiri perlu berfikir untuk memahami makna bacaannya atau tidak. Samalah seperti timba itu perlu atau tidak untuk dibaiki. Jika dibaiki dapatlah digunakan, jika tidak, tinggallah ia seperti itu sahaja.

Sejauh mana kita menjadikan al-quran itu sebagai manual hidup kita? Adakah sekadar membacanya atau memahami maksudnya serta mengamalkannya atau sekadar perhiasan di meja tulis?

Al-quran sebagai kitab berita dan khabar gembira

Al-quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai berita dan khabar gembira buat mereka yang beriman.

(Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. (al-nahl:89)

Al-quran sebagai kitab hukum syariah

Selain itu, al-quran juga adalah kitab yang mana di dalamnya hukum-hukum syariah yang syumul dari ALLAH.

Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu. (al-maidah:48)

Al-quran sebagai kitab tarbiyyah

Sejak dahulu kala kesucian al-quran memang sudah dijanjikan pemeliharaannya. Penyair-penyair arab sendiri tidak dapat menandingi kehebatan penyusunan ayat al-quran. Jelaslah ianya bukan buatan manusia tetapi pencipta manusia itu.

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. (ali ‘imran:79)

Rabbani ialah insan yang sempurna ilmu dan taqwanya kepada ALLAH. Bagaimana mungkin seorang itu dapat menjadi insan yang rabbani melainkan mendapatkan pentabiyyahan daripada al-quran dan sunnah itu sendiri. Seperti kata-kata saidatina aisyah tentang akhlak nabi

Sesungguhnya akhlaknya(nabi) al-quran.

Jelaslah bahawa Nabi Muhammad s.a.w juga ditarbiyyah oleh ALLAH dengan al-quran.

Al-quran sebagai pedoman hidup

Teringat kata-kata seorang murabbi saat mula-mula aku berjinak-jinak dengan usrah ini, ‘jika gersang hatimu, bukalah al-quran secara rawak, nescaya ALLAH akan memujuk hatimu. Bukankah al-quran itu kalam cinta dari Ilahi??’

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (al-ra’d:28)

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (al-isra:82)

Al-quran sebagai kitab ilmu pengetahuan

Al-quran adalah sumber ilmu yang tidak ada tolok bandingnya. Ajarannya yang syumul merangkumi semua bidang kehidupan bermula dengan akhlah, sirah, hukum hakam, ibadah, muamalat dan segalanya. Cuma sebagai manusia setakat mana kita ingin mengambil pelajaran daripadanya.

Kesimpulannya, bacalah selalu warkah cinta Ilahi itu melebihi dari warkah cinta insani kerana ia juga bias member syafaat buat kita di hari pembalasan kelak.

Orang mukmin yang membaca al-quran umpama buah citron (limau)

Baunya hatum dan rasanya lazat,

Orang mukmin yang tidak membaca al-quran umpama buah kurma

Tidak mempunyai bau tetapi rasanya lazat

Orang munafik yang membaca al-quran umpama buah raihanah

Baunya sedap tetapi rasanya pahit

Orang munafik yang tidak membaca al-quran itu umpama petola

Tidak mempunyai bau dan rasanya pahit

(muttafaqun alaih)

SELAMAT HARI GURU..

Guruku..

Kau penyuluh hidupku..

Menerangi alam ini

Kau ku anggapkan sebagai ibubapaku

Wahai guruku..

Kau ibarat sebatang lilin

Menerangi alam kegalapan

Kau sanggup membakar dirimu

Wahai guruku

Kau insan yang mulia

Mandidik dan membimbing daku

Kaulah insan yg ku sanjungi

(shoutul amal)

Bila saja terdengar lagu itu, teringat masa aku jadi guru ganti di Sekolah Menengah Agama ILMI, Ampang. Walaupun hanya sebulan, tapi sampai sekarang gelaran ‘ustazah’ itu masih menjadi milikku. Menjadi guru mengajar aku banyak benda. Mengajar erti ketegasan yang bersulamkan kasih sayang. Kesabaran, keberanian, senyum dalam suka dan duka dan segalanya. Menjadi pendidik bukan sekadar masuk kelas, mengajar dan keluar kelas. Tapi perlunya menjiwai perasaan setiap pelajar. Pelajar itulah anak-anakku, adikku yang perlu aku pastikan mereka berjaya. Bukan hanya dalam pelajaran, tapi juga dalam kehidupan. Inilah sebabnya aku mulakan kelas itu dengan sesi tazkirah ringkas.

Begitu senang untuk kita katakan:

“aku tak suka subjek sains la”

“Aku tak suka la cikgu math tu”

..aku tidur masa kelas arab..

Dan macam-macam lagi. Tetapi menjadi guru mengajar aku untuk lebih menghargai jasa seorang guru. Hatinya ikhlas dalam mendidik. Sepanjang hari difikirkan anak didiknya. Bagaimana ingin memberi pelajarnya ‘A’ dalam subjek yang diajar itu.

Dikesempatan ini, ingin aku ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru yang mengajarku dari kecil, tadika, sekolah rendah, menengah, university baik secara langsung mahupun tidak. ALLAH saja yang dapat membalas pengorbanan kalian.

Guruku: ibuku, abahku, arwah atuk, adik-adik, teacher shiela, cikgu wan sanisah, cikgu nazri, ustazah jamiah, cikgu suhaila, teacher khuzaimah, ustazah rosmalaili, cikgu safuan, cikgu fahmi dan banyak lagi yang tak tersebut serta sahabat-sahabat yang aku curi masa kalian untuk mengajarku, afiqah, diyana, busyra, yasmin, izyan, azizah dan mereka yang banyak membantuku mencapai keputusan yang cemerlang. Moga kejayaan juga milik kalian.