Monday, June 15, 2009

MELAKAR KENANGAN DI YAMAN


Yaman, terletak di selatan Mekah. Tidak ku kenalinya sebelum ini. Namun penghijrahanku kesana menitip seribu memori.


Masih terbayang lagi saat ummil, lina dan aiza hendak ke sana. Betapa aku ingin jua. Namun bukan rezeki ku. Ku teruskan cuti sebelum ke maincampus sebagai pendidik di S.M.I ILMI. Namun ku rasakan seperti Yaman memanggil-manggilku seperti Morocco dan Jordan sebelum ini.


“awak cubala minta lagi. Call ustaz tu. Kita bagi nombor. Kita tak da kawan” –lina


Aku cuba call ustaz tu. Menunjukkan minat yang begitu mendalam pada bahasa arab walaupun pada ketika itu aku sangat tidak pandai bahasa arab ni. Minat pun tak de langsung. (tu yang major compare ni). Ustaz tu suruh isi borang dan selesaikan urusan lain secepat mungkin. Alhamdulillah dapat juga aku teman lina. Tapi, ayah bagi ke?? Aduh..


Malam tu, aku call ayah.. dan seperti biasa, ayah tetap tak support apa yang aku buat. Camane ni?? Ayah betul-betul buat nur banyak menangis. Tak pe, aku memang keras kepala. Aku teruskan juga hasrat ku ini berbekalkan doa dari si ibu.


Sampai je rumah, malam itu sebelum aku buat keputusan muktamad, aku istiqarah. Esoknya tanpa membuang masa aku chek email. Tak de pun borang tu. Terpaksa call balik ustaz tu. Minta dia email semula tapi kali ni pada email lina. Lina yang buat semua.
Terima kasih sahabat.


Ayah?? Mak tengah pujuk la tu. Macam dulu-dulu juga. Dulu ayah tak bagi aku p Morocco. Jordan pun sama. Ni kali ketiga aku minta. Tolonglah ayah. Nur nak pergi sangat. Pasport pun dah ada. Alhamdulillah, keputusan ALLAH tak pernah silap. ALLAH lembutkan hati ayahku. Kalau dulu kewangan tak mengizinkan, tapi kini ayah dapat duit pencen(dah 55 dah ayah aku). Kalau dulu ada yang menghasut tak bagi aku pergi, tapi kini tak lagi. Hanya sahabat-sahabat PKPIM je yang tahu akan keberangkatanku ini(itupun ada yang merajuk).


Nur tahu ayah sangat sayangkan nur(nur kan anak kesayangan ayah). Sebab tu ayah tak bagi nur pergi kan. Mak dah cakap. Tapi sebagai anak, aku tak nampak semua tu. Sehinggalah saat itu, aku menangis tinggalkan mak, tapi mak gembira akan kejayaanku kali ini. Tapi ayah, air mata lelakinya tumpah. Saat itu, aku hanya mampu melihat tanpa mengesat air matanya. Rasa ingin sahaja ku berpatah balik. Namun, perjalanan mesti diteruskan. Ayah, maafkan nur. Nur sayang ayah, tapi kasih sayang itu menjadi lafaz yang tersimpan.


Nak dijadikan cerita, perancangan ALLAH itu adalah sebaik-baik perancangan. Hanya aku, aiza, amalina(bar), dan 2 kakak maincampus(k.rajunah dan kak mar) yang dipilih ALLAH untuk tempuhi fasa baru di Yaman. Maafkan kita lina. Kita akan bawa awak dihati ini.

No comments:

Post a Comment