Khaulah bt Azuar..srikandi berselubung hitam..
Beliau memiliki kekuatan jiwa dan fizikal..susuk tubuh yang tinggi lampai dan tegap.. sejak kecil lagi beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak.. Rasulullah S.A.W telah membenarkan khaulah untuk sama-sama di dalam peperangan menentang orang Rom.. dengan pakaian yang berselubung hitam, beliau telah meluncur dengan kudanya ke medan peperangan…
Panglima perang, Khalid ibnu walid serta selurun angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah.. mereka rasa tercabar kerana seorang wanita mampu berbuat demikian.. akhirnya tentera muslimin terus menggempur musuh dengan berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak..
Beliau bukan sahaja wanita yang berani tetapi jua telah memainkan peranan penting dalam kemenangan Islam..
Keberanian beliau sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa lagi mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Walaupun dikurung dan dikawal rapi, beliau tidak pernah menyerah kalah.. jiwanya sentiasa hidup..beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya..
“Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di jalan ALLAH, apakah kalian semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom?? Apakah kalian sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati?? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu?? Dimanakah letaknya harga diri kalian sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga ALLAH??...
Berkat keyakinan kepada ALLAH, mereka Berjaya menghapuskan pengawal-pengawal itu dan melepaskan diri.
Wahai sahabat-sahabat sekalian..mengapa masih lena disiang hari.. Islam masih perlukan kalian.. perlukan seorang srikandi yang berani dan yakin seperti khaulah.. kita tidak lagi perlu mengangkat senjata tapi kita punya tugas untuk mengislahkan kembali dunia dari segala kerosakan dan kemaksiatan yang melibatkan wanita..sama ada kitalah penyebabnya ataupun kitalah mangsanya..kerana kitalah wanita yang meninginkan syurga..
No comments:
Post a Comment