Sudah lama rasanya aku tidak “update” blog ini. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sampai diri yang memang sedia malas untuk menulis ini berminggu-minggu tidak menghadap laptop. Sibuk dengan urusan dunia yang sementara. Moga-moga ada ganjaran disisiNYA di akhirat sana.
Roommate oh roommate.
Memang hakikat diri ini tidak akan memilih teman sebilik. Biarlah ALLAH yang tentukan siapa mereka yang akan menjadi teman hidup ini. Oleh itu, proses pemahaman itu perlu sentiasa dipupuk memandangkan kekerapan menukar bilik itu adalah setahun sekali. Belum sempat menyelesaikan taa’ruf sudah beralih pada yang lain. Apatah lagi untuk takaful itu.
Kalau nak cerita satu persatu roommate aku yang setakat ni dah ada 21 orang ni memang tak habis. Cukuplah sekadar dugaan yang paling besar buatku dalam menghadapi masalah manusia ini. Bukan ingin menbuka aib orang, tapi mungkin sekadar perkongsian cara-cara untuk menyelesaikan dan menghadapi masa akan datang.
CINTA.. masalah yang bukan lagi dianggap masalah buat anak muda zaman sekarang. Sampai pernah suatu ketika itu aku menampar seorang sahabat ini. (jangan tiru perbuatan ini. Ini hanya buat mereka yang dah rapat dan kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang sudah tahu tapi buat-buat tak tahu).
Bukan jua ingin memalukan golongan wanita. Cuma sekadar renungan. Ambil yang benar, tegur yang silap. Hakikatnya hati wanita ini amat lembut. Mudah sangat cair dengan kata-kata walaupun sudah mengetahui kata-kata lelaki itu lembut gusi dari lidahnya. Tidak ku sangka antara insan yang rapat denganku sanggup menyerahkan segala-galanya buat insan yang diCINTAinya. Duit, masa, mengorbankan masa cuti yang sepatutnya diluang dengan keluarga dan yang paling sedih adalah maruah dirinya. Luluh jantung saat mengetahui khabar ini. YA ALLAH, kalau ujian kecil pun aku tidak mampu selesaikannya, mengapa KAU hadiahkan ujian sebesar ini buatku.
Pening kami bersyura demi insan yang dikasihi agamanya ini. Tidak cukup dengan itu, dia memgugurkan kandungan itu pula. Kali ini tidak boleh tidak. Mak aku yang selalu cakap “nanti nur dah besar nur tahu”…tapi kali ni dia kena cerita juga. Memang tak da jalan lain selain kami semua bertanya kepada ibu masing-masing. Sedang ibu serta keluarga sahabatku ini tidak tahu pun perihal anaknya. Esoknya juga, aku menipu tah untuk kali keberapa tah. Aku menipu untuk membawanya ke klinik.
*baru tahu ni, kalu orang gugur kena bawa p cuci. Takut-takut ada yang tertinggal boleh bawa mudarat pada diri sendiri. Boleh bawa maut juga andai benda itu makan organ dalamannya*
Mahu atau tidak, kena bawa ke klinik swasta dan bukan doktor Islam. Disebabkan aku yang tahu dia akan ke klinik, RM500 kami keluarkan. Alhamdulillah family ayah aku masih ada yang cina lagi. Dan sekali lagi, ini hanya ujian buatku. Segalanya selamat. Syukur padamu KEKASIHKU. Sekarang adalah tugas kami untuk menjadi kakaknya. Kami sedang berkira-kira untuk memberitahu keluarganya. Patutkah?? Pasti lebih buruk keadaannya kerana dia anak sulung. Harapan keluarga. Dan kami juga dalam proses untuk berhadapan dengan lelaki itu. Selesaikan apa yang patut diselesaikan.
Setelah diselidik-selidik, benarlah kata Saidina Ali, “didiklah anakmu sesuai dengan zamannya”. Sedih rasanya kerana keluarganya dari golongan yang kuat agamanya. Terlalu menjaga anak. Nak keluar dengan kawan-kawan pun tidak dibenarkan. Maka, apabila anak-anak ini memasuki dunia luar, mereka akan mendapati satu benda baru yang seronok. (culture shock)..dan ternyata ianya memudaratkan.
Bukan ingin menyalahkan ibubapa sepenuhnya, kerana ini adalah pilihan anak-anak itu sendiri. Namun kesilapannya juga disini apabila diketahui bahawa lelaki itu pernah ke rumah perempuan ini, namun ditolak oleh ibubapanya kerana mereka inginkan yang ‘berada’. Kemewahan yang diharapkan dapat membahagiakan anaknya. Nah, inilah kebahagiaan itu.
Alang-alang menulis di minggu peperiksaan, pelbagai cara bermula dengan lembut kami gunakan. Memandangkan dia anak sulung sedang roommate aku yang lagi sorang ni anak last, kami dah anggap dia macam adik sendiri dah. Kami nak dia betul-betul berubah. Dia dah pun menyatakan keinsafannya. Tapi sekali lagi kami kecewa dan ALLAH menguji kesabaranku. Dua minggu selepas dia ‘clash’ dengan pakwe lama yang telah merosakkan dia, sudah ada pengganti. Begitu mudah hatinya berubah. Sedang yang terjadi bukan semudah cerita cinta lain. Aduh budak ni.
Salahkah aku menjadi Umar sedang ku temui dalam kalam cinta ilahi itu,
ya a’yuhalazi na amanus ta’inu bisabri wa solah
ud’u ila sabili rabbika bi hikmah wa mau’izotul hasanah.
Tuhan….tolonglah hambamu ini. Aku redakan kemarahan ini dulu. Aku balik rumah sambut ulang tahun kelahiran ayah.(3hb april). Balik tu, tanpa perasaan marah, seperti biasa menjadi diri yang tidak berperasaan, aku rampas hp dia tika dia bercakap dengan ‘pakwe baru’ dia tu. Sungguh tidak menghormati aku sedang sudah ku katakan aku adalah kakaknya. Aku sengaja menekankan perkataan ‘ikhlas’ itu agar roommate aku tahu bahawa lelaki itu tidak ikhlas dengannya. Mana mungkin seorang lelaki itu mahukan wanita yang telah ditebuk tupai sedang dia mengetahui hakikat itu kala di awal perkenalan. Andai setalah sayang telah mula bercambah, itu mungkin ada kemungkinan.
Adik, mengapa tidak ku temui riak keinsafan di wajahmu sayang.. haruskah aku menghancurkan hati ibubapamu dengan khabar ini?? Bermula dengan lembut hingga ke kasar telah kami lakukan. Siang malam kami fikirkanmu adikku. Mana mungkin kami mampu merubah kamu sedang kamu tidak menuju kearah itu bersama kami.
No comments:
Post a Comment