بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pertama-tamanya, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.. sudah lama niat dihati untuk menulis blog namun seringkali ada sahaja halangan-halangan yang sebenarnya bukan halangan.. Cuma mungkin masa tidak mengizinkan.. Alhamdulillah akhirnya terhasil jua walaupun banyak kekurangan. Meskipun sahabat-sahabat lain sudah jauh ke hadapan, harapannya moga usaha ini tidak terlambat untuk mengikuti jejak langkah kalian. Sebarang kekurangan sudilah kiranya untuk memberi teguran dan nasihat.اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ini tanggal 9 Ramadhan, telah wafatnya seorang sahabat (siti hajar-kos b.arab) yang banyak memberi dorongan,nasihat dan sebagai kakak yang banyak berjasa pada diri ini. Kehilangannya amat dirasakan bagi yang pernah sama-sama berjuang bersamanya. Seperti kehilangan satu semangat. Perginya secara tiba-tiba membuatkan kita seharusnya sedar ajal dan maut bukannya ilmu manusia. Memetik dari nasihat seorang sahabat,
"jangan sandarkan pengharapan kita pada manusia kerana kita akan lemah bila dia tiada sedangkan ALLAH sentiasa bersama kita"
Mengambil contoh sirah nabi Muhammad s.a.w, baginda sendiri merasa sedih dan kehilangan atas kewafatan Saidatina Khadijah r.a dan juga bapa saudaranya Abu Talib. Namun begitu baginda tetap meneruskan dakwah islamiyah kerana kekuatannya untuk berdakwah datang dari ALLAH. Bukan dari manusia sekelilingnya. Akhirnya terbentuklah sebuah empayar Islam yang begitu utuh kerana ianya dari ALLAH..bukan manusia..
Nabi Nuh a.s tetap meneruskan dakwahnya walaupun baginda tahu kekerasan hati umatnya tidak mungkin dileburkan lagi. Kecenderungan umatnya pada sesama jantina mungkin boleh dikatakan “fitrah” yang payah untuk dibuang. Namun, sandarannya hanya pada ALLAH, baginda tegar hingga keakhirnya.
Mungkin kelihatan agak “tidak patut” ana memulakan semua ini daripada pengakhiran sebuah kehidupan. Namun menyedari bahawa “maut itu bukan ilmu manusia” dan akibat rasa “kehilangan” menyebabkan ana tergesa-gesa untuk membuat blog kerana bimbang adakah masih ada “esok” untuk ana merealisasikan impian dan kewajipan ini. Disamping untuk mengingatkan diri dan sahabat- sahabat yang turut merasa kehilangan bahawa “setiap yang berjiwa pasti akn mati”. Oleh itu sehebat mana pun meraka yang menemui tuhan dahulu itu, kita yang hidup tetap perlu terukan perjuangan tanpa rasa goyah apatah lagi rebah. Moga kita sama-sama tabah hadapi semuanya.

No comments:
Post a Comment