Monday, June 15, 2009

Tahajjud

Bila saja tiba musim peperiksaan, sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar tidak kira dimana jua yang masih banyak menggunakan short term-memory untuk berjaga malam. Ada saja bekalan makanan dan minuman yang dijadikan teman. Tidak kurang juga yang sanggup scoatting ke bilik-bilik kawan semata-mata untuk mendapat markah penuh pada keesokan harinya. Meriahnya mahallah bagaikan ada festival peperiksaan pula.
Namun alangkah indahnya andai mereka dapat mengambil hidup ini secara manual. Walaupun dewasa ini kita didedahkan dengan pelbagai teknologi moden namun ianya itu masih memerlukan manual untuk penggunaannya.
Lihat saja handphone yang kini mampu menjadikan yang jauh itu dekat, namun ia masih memerlukan simcard dan kredit untuk menggunakannya. Pelbagai lagi contoh yang dapat dilihat walaupun pada asalnya adalah untuk kemajuan, tetapi ia masih memerlukan disiplin.
Begitu juga hidup manusia yang diciptakan. ALLAH telah menjadikan malam untuk berehat dan beribadah manakala siang untuk bekerja.
Namun realitinya, untuk berpijak pada bumi yang nyata masa kini, waktu malam dijadikan sumber utama mencari rezeki. Kedai-kedai makan memulakan operasi pada jam 6ptg sehingga lewat pagi. Istilah berehat di salah ertikan dengan mencari kerehatan minda melalui hiburan yang melalaikan. Pusat-pusat hiburan semakin pesat membangun yang kononnya menghilangkan letih setelah seharian bekerja. Waktu pagi dimana gelombang alpha terbuka untuk menerima ilmu telah digantikan dengan waktu malam yang berlarutan hingga ke lewat pagi sehingga kadang-kadang meninggalkan subuh. Apatah lagi nikmatnya melihat ciptaan ALLAH saat matahari terbit itu lebih diaplikasikan dalam keadaan minda luar sedar.
Tidakkah ISLAM itu sendiri agama yang syumul(sempurna)?? Apakah tuhan telah silap dengan menjadikan ketenangan malam itu untuk bekerja sedang cahaya siang itu untuk disia-sia?? Atau manusia yang silap dalam menikmati alam ciptaanNYA ini??

“dan di sebahagian malam hendaklah engkau bangun(tahajjud), sebagai tambahan untukmu. Moga-moga tuhanmu akan membangkitkan engkau ke suatu tempat yang terpuji” (al-Isra’ : 79)

Ayat ini menjelaskan bahawa ALLAH akan bangkitkan sesiapa yang bangun malam di satu tempat yang terpuji.
Di dalam surah al-Muzammil juga ALLAH telah mewajibkan solat malam keatas nabi Muhammad s.a.w. Sedang nabi yang sudah dijamin syurga itu masih lagi bangun bertahajjud. Apakah sudah cukup segala amalan kita yang memungkinkan kita menjadi penghuni syurga itu??
Syurga itu indah dan nikmat yang berkekalan. Kebiasaan bagi benda yang cantik itu mahal harganya. Bayarlah ia dengan mengorbankan sebahagian dari tidur itu. Manakala keseronokan dan kejayaan di dunia hanya sementara. Jikalau alpa, neraka itu menanti. Kerana kita menentukan untuk membayar hidup ini dengan harga yang murah atau mahal.

No comments:

Post a Comment