Monday, June 15, 2009

bila diri diuji..

TINTA HATI
Ya ALLAH..beratnya dugaan yang KAU beri ini.. saat hatiku penuh dengan kasih sayang. KAU uji ku dengan kasih sayang itu. YA ALLAH, warkah cintaMU pengubat duka. Penyembuh luka. Kekasihmu Rabiatul Adawiyyah pemotivasi jiwa. Layakkah aku sepertinya di pandanganMU??

Ya ALLAH, kala kesabarannku kekurangan di jiwa, KAU turut mengujiku dengan sabar itu. Terlalu banyak perkara yang mengundang kemarahanku. Adakah itu tanda aku perlu lebih bersabar?? Sekali lagi aku malu pada kekasihMU Siti sarah.

Ya ALLAH, kala aku ingin tumpukan pada yang satu, KAU tunjukkan mereka lebih berhak pada diriku. KAU amanahkan mereka padaku dan KAU tak benarkan aku tinggalkan mereka walau seketika.

Ya ALLAH, mereka tidak faham aku ini. Adakah mereka akan menyalahkan ku??
Ya ALLAH, benar sekali mereka telah menyalahkanku. Salahkah ya RABB?? Aku tidak mendamba pandangan manusia. Berilah ku petunjukMU akan jalan yang lurus.
Ya ALLAH, aku redha akan ujianMU ini. Namun mengapa tidak KAU bebankan ini semua hanya padaku. Mengapa mereka mesti merasa kepedihannya?? Mengapa mereka turut laluinya sedang ku lihat mereka menangisi ini semua?? Mampukah aku lihat air mata mereka berterusan?? Aku cuba menyapunya dengan kasih sayang yang KAU anugerahkan ini. Namun aku tidak akan berjaya tanpa pertolonganMU tuhan.

Ya ALLAH, sedikit benar ilmuku jika dibandingkan denganMU. Aku tidak punya apa tanpa MU tuhan. Oleh itu, KAU kuatkanlah mereka dengan ini semua sepertimana KAU beri aku kekuatan itu. KAU mengetahui segala apa yang KAU berikan pada mereka. Ya ILAHI, mereka lah permataku di dunia ini. Izinkanku lihat senyum kebahagiaan mereka agar aku juga bisa bahagia. Izinkanku lihat sinar iman pada wajah mereka agar aku bisa pergi dengan tenang. Tabahkah aku seperti Siti hajar??

Ya ALLAH, tika aku letih, KAU bebankan aku dengan banyak bebanan dunia. Aku tahu aku mampu hadapinya. Kalau tidak masakan mungkin KAU hadiahkan aku bebanan ini. Sekali lagi kalam MU ku tatapi dengan air suci ini.

Ya ALLAH cinta hatiku, hanya padaMU lah segala-galanya. Kesedihan, kerisauan dan ketenangan hatiku ini. Adakah masih layak insan kerdil ini menghuni syurgaMU?? Baru sedikit yang KAU beri, sudahku mengeluh. Jauh sekali diri ini dari kekasih-kekasihMU. Maafkan aku ya RAHMAN…

INIKAH PEJUANG ISLAM??

Kadang-kadang kita rasa begitu berat dugaan yang melanda diri tapi ianya hanya secebis dari dugaan para anbia dan sahabat-sahabat seperjuangan baginda. Kerana kentalnya ketabahan mereka, kerana kuatnya iman mereka, cahaya iman itu dapat kita rasai sekarang.
Mengapa mengaku pejuang andai secebis dugaan ini membuatkan diri lemah?? Tertegakkah ISLAM dengan kelemahan ini?? Lihatlah apa yang terjadi di dunia ISLAM hari ini kerana adanya pejuang ISLAM yang lemah ini.

Mengaku diri sebagai khalifah di muka bumi. Tapi kadang-kala lupa kita juga hamba pada YANG ESA. Itulah puncanya kelemahan hati dalam menegakkan kalam ILAHI. Berapa ramai para ‘khalifah’ sekarang ini yang bangun di sepertiga malam? Solat subuh berjemaah? (tanda-tanda kejayaan musuh ISLAM apabila bilangan muslimin yang solat subuh di masjid tidak sama dengan bilangan ketika solat jumaat dan muslimat pula melewatkan solat. Usah katakan solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak pun sama je). Berapa ramai pula yang puasa sunat sekurang-kurangnya sebulan sekali? Satu juzu al-quran, berapa lama mampu kita habiskan? Siapa pula yang berdoa siang malam agar apa yang disampaikan terus meresap ke hati saudaranya?

Bagaimana amar maaruf nahi mungkar dapat tertegak dengan lidah yang melaungkan kebenaran sedang hati tertidur enak di buaian. Bukankah kata-kata yang datang dari hati akan sampai ke hati jua. Bagaimana jika ada kekotoran yang menghalang? Tepuk dada tanya iman wahai para da’e sekalian.

Jadi, jangan salahkan mereka yang dinasihati andai apa yang dinasihati itu tidak sampai kepada mereka dengan sempurna kerana sebenarnya dosa-dosa kita lah yang menghalanginya.

No comments:

Post a Comment