Monday, June 15, 2009

semester pendekku..

minggu ni dah mula la pembelajaran bagi siapa2 yang ambil semester pendek.. ni kira pengalaman pertama aku di uia gombak. awal2 lagi dah banyak yang jadi..

1. kena pindah mahallah..sangat tak best. dari mahallah ruqayyah yang hujung dunia tu, pindah ke mahallah asiah. Dapat blok juga hujung dunia dan bilik juga hujung dunia. ape yang tak best?? tak nampak bukit pagi2, permandangan ciptaan ALLAH. Apepun, syukur padaMU tuhan kerana ini juga satu anugerah.

2. aku dapat subjek b.m kerjaya n reserve subjek tahfiz. Alih2, tak boleh add subjek tahfiz tu. Ingat nak ambil b.m je. Tapi semua orang kata pelik. Pelik ke?? Aku memang pelik2 pun..huhu.. Pastu sayidah ajak add maqasid syariah. Boleh juga kan. Add je lah.

3. aku dapat kerja kerani kat pusat tuisyen kat ong tai kim. Tapi aku tak p. Sebab waktu kerja tak fleksibel dengan gaji. haha..(memilih) bukan la, 1st aku memang fikir pasai gaji. Kerja 7 jam gaji RM 400. Dari jam 3pm-10pm. 10pm?? Nak balik camane?? bagitahu ibu, ibu pun marah. Sebab risau balik malam2.

kesimpulannya, sebab tak jadi kerja(duit pun insyaALLAH cukup lagi), aku pun ambil la core course tu.

LM 2021 bahasa melayu untuk kerjaya m-w 8-9.50am
RKFQ3231A maqasid al-syariah t-th 2-4.50pm

4. sepatutnya ni awal2 lagi. Sahabat2 IRK aku tak da pun yang ambil short sem ni..sedih gak dorang tak da. nak study dengan siapa?? afiqah, busyra, yasmin, izyan. Aku boleh je tak ambil macam dorang, tapi cam blur plak duk rumah ni. Tak pe lah, sayidah ada.

5. syukur sangat2 sebab dapat bilik. Ramai gak sahabat2 yang tak dapat bilik. Kesian dorang. Sabar ya sahabat2. Carilah hikmah dalam setiap kejadian.

No comments:

Post a Comment