Seperti yang kita ketahui, setiap orang Islam itu bersaudara.. tanpa mengira warna kulit,bangsa ataupun jantina.. kita semua telah terikat dengan kalimah “lailahaillaALLAH”..
“sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara(al-hujurah:10)..
Sejauh mana kita memahami makna ukhuwwah itu?? Seperti yang kita ketahui, ukhuwwah itu persaudaraan. Tema persaudaraan yang ikhlas bertunjangkan iman dan taqwa sering menjadi pengangan generasi moden zaman ini. Kerana persaudaraan ini semangat perjuangan dalam diri-diri anak muda ini khususnya anak-anak harakah islamiah, mereka sanggup berjuang dan berkorban demi Islam tercinta..
Kebangkitan Islam dewasa ini telah menyaksikan kebangkitan usaha-usaha dakwah dengan wujud banyak jemaah-jemaah dan gerakan Islam, sekolah-sekolah agama, bank-bank yang mengamalkan sistem Islam dan sebagainya.. seiring dengan itu, pemikiran dan serangan dari barat jua turut membangun bersama bangunnya Islam..sekularism,liberalism.. banyak fenomena yang telah mencampuradukkan pembangunan dan Islam..ada positif dan jua negetif..antara yang terkesan adalah istilah “ukhuwwah” itu sendiri..
Alaf yang serba unik ini telah menyaksikan bagaimana remaja dan cinta itu satu perkara yang sinonim.. menariknya cinta ini telah diIslaminisasikan menjadi “ukhuwwah””.. ianya menular dikalangan mereka yang berkopiah, berserban,bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ana-anti sebagai ganti diri.
Ianya mudah.. tidak perlu keluar berdating, berhabis duit membeli hadiah dan belanja makan, keluar jalan-jalan dan sebagainya.. hanya SMS, Yahoo messenger, e-mel menjadi penghubung. Kata-kata nasihat,hadis-hadis dan ayat quran menjadi perantara hati. Andai SMS itu datang dari insan sesama jantina terasa malas ingin membalasnya..tapi andaikata ianya hadir dari mereka yang berlainan jantina, tangkas sungguh tangan ingin membalasnya.. ukhuwwah sesama mereka yang berlainan jantina lebih diaulakan.. mana perginya kemanisan persaudaraan itu?? Tenangnya andai dapat berkongsi masalah dengan mereka yang berlainan jantina itu dari mencari sahabat yang dapat memaut bahu kita..
Baru menyentuh mengenai hubungan langsung..secara tidak langsung pula, hati,mata dan syaitan sama-sama memainkan peranan ketika berlangsungnya mesyuarat-mesyuarat, aktiviti-aktiviti, halaqah,daurah dan sebagainya.. ianya menjadi medan pelepas rindu dan pencuci mata sesama sendiri..
Tidak kurang jua apabila mereka yang dikagumi luarannya, tetapi jika dilihat hidupnya..mereka bangga dengan memaparkan gambar sang kekasih hati di desktop computer ataupun di atas meja study.. untuk menaikkan semangat katanya..nauzubillah.. mana perginya ibubapa yang sepatutnya menjadi mendorong kejayaan mereka?? Pengorbanan apakah dari sang kekasih yang manandingi ibubapa??
Tidak kurang jua persahabatan di alam maya..friendster,myspace dan ym.. tidak ada salahnya menjemput seseorang menjadi kenalannya.. sekadar persaudaraan sesama Islam demi mengumpulkan maklumat umat Islam dan masalah yang melanda umat.. yang menjadi kemusykilan dan syubhahnya, perlukah dipaparkan gambar-gambar yang adanya percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu foto.. apakah punyai manfaat dan kepentingan bagi mereka yang membawa nama Islam untuk bergambar bersama lelaki dan perempuan?? andai Rasulullah s.a.w yang tolong ambilkan gambar itu, mahukah kalian bergambar sebegitu??
Bagi mereka yang giat dengan usaha-usaha dakwah pula, banggakan kalian dengan meletakkan gambar yang memaparkan pergaulan kalian antara lelaki dan perempuan..kemudian menulis, tamrin…mukayyam.. tamrin untuk membentuk para pemimpin dirosakkan dengan gambar-gambar sebegitu..
Tidak kurang dengan gambar, ada jua ungkapan-ungkapan yang lebih berunsur kepada maksiat dan merapu..contohnya,
A(perempuan) : salam, ape kaba? I just visit ur blog. Nice.. teruskan usaha..ukhuwwah fillah
B(lelaki) : salam..sihat2 je.. thanks.. ukhuwwah fillah..
Sedihnya bila ungkapan ukhuwwah fillah telah disalahgunakan.. ketahuilah sahabat jua teman, “sesungguhnya nafsu itu sentiasa mangarah kepada kejahatan(yusof:53)”
Persolannya, adakah penulis yang ketinggalan zaman atau fiqh islamiy yang telah berubah?? Apa yang baik itu sama-samalah kita ambil buat pengajaran dan segala silap dan salah harap dapat memberi teguran..
No comments:
Post a Comment